Saturday, November 8, 2014

Sumber Pencemaran Bertitik - Air

Pencemaran berpunca daripada cecair tapak pelupusan sisa pepejal (Landfill Leachate) merupakan sumber pencemaran bertitik. Ini kerana tapak pelupusan sisa pepejal hanya menyalurkan bahan pencemar dari lokasi tertentu yang mudah dikenal pasti. Titik penyaluran bahan pencemar air adalah seperti paip, longkang dan parit.


Terdapat banyak parameter atau bahan pencemar daripada Landfill Leachate yang boleh menyebabkan pencemaran air yang serius. Antaranya adalah seperti nitrogen dan fosforus yang boleh menyebabkan kemusnahan ekosistem. Selain itu, asid dan bahan logam hasil daripada cecair sisa pelupusan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia dan haiwan.


Sisa kumbahan merupakan sumber yang kaya dengan nutrien seperti nitrogen dan fosforus. Biasanya nitrogen adalah komponen penting dan penjanaan tisu dan sintesis protein dalam sel tumbuhan termasuk sel alga. Fosforus juga diperlukan dalam penjanaan tenaga melalui cahaya matahari oleh sel tumbuhan dan alga. Namun begitu, Dalam hal pencemaran air, nitrogen dan fosforus sering dikaitkan dengan pencemaran air kerana kandungan nitrogen dan fosforus yang berlebihan di dalam air boleh mengganggu kestabilan ekosistem sesuatu sumber air melalui pertumbuhan sel alga secara berlebihan. Sumber air yang mengandungi kepekatan nutrien dan alga yang tinggi dikatakan mengalami proses eutrofikasi. Kepekatan sel alga yang tinggi di dalam air dikenali sebagai alga bloom dimana air akan berwarna hijau dan berbau busuk yang akan mengurangkan nilai estetik sumber air tersebut.




Bahan kimia tidak organik yang paling membimbangkan adalah logam berat seperti merkuri, plumbum, kadmium, selenium dan arsenik. Bahan logam berat ii sangat bahaya walaupun wujud pada kepekatan yang rendah di dalam air. Proses Bioakumulasi boleh menyebabkan kehadiran logam berat yang sangat tinggi dalam tumbuhan dan tisu haiwan seperti ikan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia jika memakan tumbuhan dan ikan yang hidup dalam air yang dicemari oleh logam berat. Asid juga boleh menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan sekiranya wujud dalam kepekatan yang tinggi. Asid akan menurunkan nilai pH air dan boleh mengganggu kestabilan ekosistem akuatik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Tengok apa yang menarik.. Klik pada ikon dibawah ini..

Jom Chat


Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.