...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................

24 April 2014

+++CaBaraN TeknOlogI dalam Pengajaran+++

Cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran melibatkan penggunaan teknologi atau media.

Salam 1 Malaysia,
Beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran melibatkan penggunaan teknologi dan media. Cabaran ini kita boleh kaitakan dengan kepentingan teknologi itu sendiri. Misalnya, kepentingan teknologi pendidikan dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Dengan kata mudah, teknologi mampu membantu guru menghasilkan bahan pengajaran yang lebih menarik. Ini bermakna, sebagai seorang guru, dalam memastikan bahan pengajaran menarik dan berkesan, ini merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi. Ini kerana, penggunaan teknologi semestinya dapat menghasilkan karya yang lebih menarik. Guru harus mempersiapkan diri dengan kemahiran menggunakan teknologi.


Cabaran seterusnya ialah mewujudkan suasana yang lebih kondusif. Ini bermakna, tiada keciciran pembelajaran dikalangan murid. Melalui penggunaan teknologi, murid diberi peluang pembelajaran yang sama dimana murid mempunyai pelbagai keupayaan dapat mengikuti pembelajaran berpusatkan bahan teknologi. Ini kerana, tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Misalnya, guru membuat persembahan power point. Pastinya proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Jadi, guru harus memikul tugas dalam memastikan sesi pengajarannya dapat menarik minat murid.


Selain daripada itu, guru seharusnya mengikuti perkembangan teknologi semasa. Jangan hanya seperti katak dibawah tempurung. Seorang guru harus menjadi seperti helang yang sentiasa terbang tinggi untuk menerokai apa yang belum pernah dilihat. Guru perlu meningkatkan prestasi pengajaran dengan meningkatkan ilmu dalam bidang teknologi yang semakin pesat membangun. 

08 April 2014

+++ Reka Bentuk Kajian +++


Salam 1 Malaysia,
Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Ia juga berfungsi sebagai panduan dalam membantu penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk penyelidikan juga menjadi model bagi membolehkan penyelidik membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang dikaji, dibawah menunjukkan kaedah-kaedah penyelidikan dalam pendidikan.













14 March 2014

APLIKASI PENYELESAIAN MASALAH MENGGUNAKAN MODEL POLYA








Pendekatan Proses Dalam Pengajaran Penyelesaian Masalah Matematik

Salam 1 Malaysia,
Pendekatan pengajaran bermaksud cara bagaimana sesuatu bahan atau aktiviti pelajaran disampaikan berdasarkan kepada objektif pengajaran (AbuHassan Kassim dan Meor Ibrahim Kamaruddin 2006). Contohnya pendekatan konstruktivisme, pemusatan pelajar, pemusatan bahan dan sebagainya.
Penyelesaian masalah merupakan satu kaedah praktis yang bertujuan untuk menjana idea-idea bernas supaya dapat membentuk pelbagai penyelesaian yang lebih praktikal dan efektif (Sarimah & Abreza 2011).
Maka, pendekatan proses dalam pengajaran penyelesaian masalah matematik merupakan satu tindakan yang diambil oleh guru dalam menyampaikan aktiviti pembelajaran yang dapat mencapai objektif dalam menyelesaikan masalah matematik.
Dalam memastikan pembelajaran berkesan boleh dicapai melalui penyelesaian masalah, seseorang guru perlu memastikan aktiviti yang dijalankan mestilah menjurus kepada objektif pengajarannya. Dengan cara ini, penguasaan murid dapat ditingkatkan.

Sesuatu pendekatan pengajaran perlu berlandaskan kepada model atau prinsip pengajaran misalnya daripada konsep konkrit kepada konsep abstrak dan sebagainya. Proses P&P yang dijalankan di dalam kelas perlulah beransur-ansur dan mengikut tahap kesukaran pelajar supaya pelajar mudah mengikuti penyampaian isi kandungan pelajaran. Kaedah yang telah dirancang dengan baik akan membawa hasil prestasi yang dikehendaki (Abdul Razak bin Idris & Nor Asmah binti Salleh 2011). Dan Jika seseorang guru ingin melaksanakan teknik atau kaedah yang baru dalam pengajarannya, mereka perlu memastikan kaedah tersebut mudah untuk dilaksanakan di dalam kelas dan sesuai untuk membantu pelajar menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dalam pembelajaran mereka.

Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajarinya. Ia mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang dihubungkait rapat untuk membantu pembentukan satu set heuristik atau corak heuristik. Ia merupakan satu set cadangan dan soalan yang harus dilalui oleh pelajar untuk membantunya dalam penyelesaian masalah. Heuristik adalah kaedah umum yang dapat diaplikasikan kepada semua kelas masalah.

Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan matematik seperti Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) dan Model Schoenfeld (1985). Model Polya digunakan di sekolah dalam kurikulum matematik bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan sekolah rendah (KBSR). Menurut Noor Shah Saad (2005: 182), Model Polya merupakan model penyelesaian masalah Matematik yang dibina oleh George Polya. George Polya telah memperkenalkan satu model penyelesaian masalah dalam bukunya ‘How to Solve It’ yang memberi tumpuan teknik penyelesaian masalah yang menarik dan juga prinsip pembelajaran matematik dapat dipindahkan sebaik mungkin.
Model ini membabitkan empat fasa utama iaitu:
i) Memahami dan mentafsir sesuatu masalah
ii) Merancang / membentuk rancangan penyelesaian

iii) Melaksanakan peneyelesaian
iv) Menyemak semula

03 January 2014

++Modul Panduan Pengajaran KSSR Tahun 4++

Salam 1 Malaysia....

Seperti yang saya janjikan, Ini dia...
Buku Panduan bagi guru2 dalam melancarkan lagi proses PDP cikgu2 semua.

Buku panduan ini dangat berguna dalam memberi idea. 
Cikgu2 boleh mengubah suai mengikut citerasa cikgu..
nama pun teacher's guide.. so sebagai panduanlah...

Okey.. selamat mendownload.

Apa? RPT xda lagi..??? Klik di sini.

Berikut merupakan panduan pengajaran berdasarkan matapelajaran KSSR Tahun 4:

( Khas untuk Sekolah Kebangsaan sahaja-SK)






Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 4

UPDATE....!!! INI DIA YANG SELAMA INI DICARI-CARI.... MODUL PJ TAHUN 4... OKEY...

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4




  







Selamat mendownload..

Semoga kita semua menjadi guru yang bermanfaat untuk bangsa, agama dan negara...

Tinggalkan komen sebagai tanda persahabatan dan silaturrahim....

Minat Masak??? jenguk lah blog masakan saya. Klik Di Sini

01 January 2014

++ PELAPORAN KSSR TAHUN 4 ++


Apakah Pelaporan yang dimaksudkan?

Templat ms excel disediakan
Guru perlu membuat pentaksiran sehingga lengkap satu kelompok standard kandungan dan pembelajaran
Tidak secara dalam talian (standalone offline)

Rekod disimpan di sekolah untuk tujuan pelaporan kepada ibu bapa

Tiada ujian setara di peringkat daerah atau negeri

Ujian pertengahan dan akhir tahun boleh dilaksanakan di sekolah


Ujian-ujian bulanan peringkat sekolah tidak perlu dijalankan


Berikut merupakan contoh pelaporan (templat) yang disediakan mengikut mata pelajaran;
(disediakan dalam format M. Excel)

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 2014










UPDATED...!!!!:
Setelah membaca respon yang diberi, terdapat pembaharuan dalam pelaporan subjek Pendidikan Jasmani; Anda boleh klik link berikut;


++ DSKP TAHUN 4 ++

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

Pentaksiran sekolah adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP.

Cikgu2 boleh download DSKP mengikut matapelajaran berikut;










AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.